Wednesday 24 July 2013

isteri..oh..isteri

seringkali kita mendengar atau membaca
tugas isteri cuma layan suami je..tak perlu masak, tak perlu membasuh..tak perlu jaga anak..tak perlu kemas rumah..itu semua tugas suami..
jadi apakah konteks tugas 'melayan suami je'?
adakah sekadar layanan di tempat tidur semata?
masak untuk suami bukankah suatu layanan?
kemaskan rumah bagi suami senang hati bukankah juga suatu bentuk layanan?

tolong fahamkan dan betulkan saya..terkadang saya confius..
tolong berikan saya hadis atau dalil Quran yang menyatakan tugas isteri sebegini dan tugas suami sebegini..
alangkan isteri2 Rasulullah pun memasak, mengemas dan menjaga anak..
alangkan puteri kesayangan Rasulullah pun memasak..sehinggakan Fatimah pernah merungut keletihan kepada Baginda, akan urusan rumahtangga..
tetapi tidak pula Baginda mengatakan bahawa itu semua tugas Ali, bukan tugas kamu wahai puteriku
tidak juga Rasulullah berdoa agar batu giling tersebut berpusing sendiri tanpa henti agar memudahkan kerja Fatimah..
tetapi, Baginda mengajarkan puterinya satu zikir, yang mana bila diamalkan akan dimudahkan segala beban Fatimah..itulah yang dipanggil Zikir Fatimah..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar..

buanglah paradigma sebegini..marilah kita menjadi isteri yang diredahi Allah..juga diredhai suami
bukankah air tangan isteri itu pengikat kasih sayang suami isteri?
mari sama2 berpegang pada pesan Rasulullah:

Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:

"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." (Abu Hurairah r.a).

mulai sekarang, kurangkan rungutan, kurangkan leteran..
jadilah isteri yang diredhai Allah dan juga suami..



Salam sayang, 
Mama Mia